Said Nursi rh Kalimah ke 12 terjemahan Melayu (siaran ini pada 10 Nov.2008)

Ini terjemahan sebagai nota untuk penelitian penulis blog  (nusantaravision.wordpress) ini

Said Nursi Risale-I Nur 12 Kalimah kedua belas [1]

 

Ringkasan: Dengan Nama Allah Maha pengasih Maha penyayang.

 

[Beberapa ayat Qur’an yang bermaksud]: Dan sesiapa yang dikurniakan hikmat kebijaksaan ia  dikurniakan kebaikan yang amat banyak.(Kalimah ini terdiri daripada perbandingan secara ringkas  antara hikmah yang suci dari Qur’an yang penuh dengan hikmat kebijaksanaan [yang kemuncak tanpa tara] dan kebijaksanaan falsafah dan sains, dengan ringkasan yang amat padat tentang pendahuluan dan latihan yang hikmat kebijaksanaan Qur’an berikan kepada hidup peribadi manusia dan hidup kemasyarakatannya, serta sebutan tentang lebih tingginya darjah kedudukan  [kebijaksanaan hikmat Quran] berbanding  dengan lain-lain Kalam yang suci , dan lain-lain percakapan.Ada terdapat Empat Dasar dalam Kalimah ini).

 

 

 

Dalam Kalimah Kedua Belas ini Said Nursi rh memberi penerangan berkenaan dengan kehebatan hikmat kebijaksanaan Qur’an berbanding dengan hikmat kebijaksanaan falsafah dengan menggunakan kisah perbandingan. Dalam memberi huraian ini  beliau menyebutkan empat dasar dengan huraian-huraiannya.

 

 

DASAR PERTAMA

 

Lihatlah melalui teropong teleskop kisah perbandingan  di bawah ini yang merupakan ibarat perbandingan , dan  perhatikanlah perbezaan antara hikmah kebijaksanaan Qur’an dan falsafah serta sains:

 

Kisah Perbandingan Tentang Raja Yang Menghiaskan Dan memuliakan Kitab Dan Perbandingan Antara Ahli Falsafah Dengan Qur’an Yang Dihiaskan Dengan Ulama Islam dan Qur’an yang dihiaskan

 

Pada suatu masa,  seorang Raja yang terkenal yang teguh hidup beragamanya dan juga yang merupakan seorang tukang yang terlalu amat mahir mahu menulis al-Qur’an yang penuh dengan hikmah kebijaksanaan itu  dalam bentuk huruf yang sesuai dengan kesuciannya dalam erti-ertinya dan juga mukjizat dalam kalimah-kalimahnya, supaya dengan itu maka kedudukannya yang menunjukkan luar-biasanya itu  terlihat dalam bentuk perhiasan pakaian yang amat permai dan mengherankan. Maka Raja yang  berupa tukang dan ahli seni yang amat mahir itu menulis Qur’an itu dengan cara yang terlalu amat sangat mengherankan.Ia menggunakan semua permata-permata intan yang  mahal-mahal  dalam menulisnya itu.  Demi untuk menunjukkan  kepelbagaian kebenaran-kebenaran  di dalamnya baginda menulis setengah daripada huruf-huruf yang terkandung [dengan erti-erti kebenaran itu] dengan permata intan berlian dan zamrud , dan setengah yang lain pula  dengan permata delima dan akik, serta jenis yang lain-lainnya dengan berlian dan batu merjan; yang lain-lainnya pula ia tulis  dengan perak dan emas. Dan baginda menghiskannya dengan sedemikian rupa sehingga setiap orang  yang tahu membaca dan yang tidak  tahu membaca  merasa ajib dan heran tercengang  bila melihatnya. Terutama sekali bila  dilihat oleh ahli kebenaran yang mengenalinya  sebenarnya, kerana keindahan bahagian luarnya menunjujkkan tanda keindahan gemilangnya dan perhiasan yang paling menarik pada makna-maknanya, maka ia menjadi suatu harta purba yang luar biasa lagi  amat bernilainya.   

 

Kemudian Raja itu menunjukkan Qur’an yang sedemikian indah seni buatannya yang penuh dengan permata-permata yang mahal-mahal itu kepada seorang ahli falsafah Eropah dan seorang ulama Islam.Untuk menguji mereka dan kemudian memberi hadiah kepada mereka, baginda mengartahkan mereka katanya :”Tiap-tiap seorang daripada kamu berdua tulislah sebuah kitab berkenaan dengan hikmat kebijaksanaan ini!” Mula-mulanya ahli falsafah, kemudian ulama Islam itu mengarang sebuah kitab berkenaan dengannya. Bagaimanapun kitab ahli falsafah itu membicarakan hanya perhiasaan-perhiasaan huruf-hurufnya  serta hubungan-hubungannya dan hal keadaannya, serta sifat-sifat  yang ada pada permata-permata yang mahal-mahal itu, dan ia memberi gambaran tentangnya. Ia tidak menyentuh langsung erti-erti maksud kandungannya, kerana orang Eropah itu tidak ada pengetahuan tentang huruf-huruf bahasa Arab.Ia bahkan tidak mengetahuipun bahawa Qur’an yang dihiaskan itu adalah sebuah kitab dan ada huruf-huruf yang mengandungi erti-ertinya.Bahkan ia lebih melihat  kepadanya sebagai sebuah harta purba yang berharga sangat mahal.Ia tidak mengetahui sedikitpun bahasa Arab, tetapi ia seorang jurutera yang sangat bagus, dan ia memberi gambaran tentang benda-benda dengan cara yang sangat baik sekali; ia juga seorang ahli kimia yang mahir , dan tukang mahir dalam batu permata  dan perhiasan barang-barang kemas.Dengan itu orang ini menulis kitabnya mengikut bidang-bidang kemahiran yang demikian itu.

 

Adapun ulama Islam itu pula , bila ia melihat Qur’an,  ia memahami bahawa itu Kitab yang nyata dan menyatakan perkara-perkara lain dengan panduannya, Kitab Yang penuh dengan Hikmat kebijaksanaan. Maka  orang yang cinta kepada kebenaran ini tidak memberi kepentingan kepada perhiasan-perhiasan luaran dan tidak pula menyibukkan diri dengan huruf-huruf yang terhias. Bahkan ia menjadi sibuk  dengan sesuatu yang berjuta kali lebih tinggi , lebih utama , halus,  mulia,  befaedah dan meliputi daripada benda-benda yang orang l;ain sibuk dengannya. Ini kerana berbicara berkenaan dengan kebanaran-kebenaran yang suci dan cahaya-cahaya dari rahasia-rahasia  yang terletak di bawah tabir perhiasan-perhiasan itu.Maka ia mengarang sebuah tafsir yang sangat baik dan indah. Kemudian duja orang itu membawa hasil usaha gubahan masing-masing dan menghadiahkannya kepada Raja Yang gemilang itu. Mula-mula Raja itu melihat hasil gubahan ahli falsafah itu.Ia memerhatikannya dan melihat  bahawa orang yang mementingkan diri dan yang menjadi pemuja alam tabie semula jadi itu telah berkerja dengan sedemikian gigihnya, tetapi ia tidak ada menulis tentang hikmat kebijaksanaan yang sebenarnya.Ia tidak memahami sesuatupun daripada makna-maknanya.Sesungguhnya ia terkeliru tentangnya dan tidak menghormatinya  bahkan ia melanggar adab dengannya. Ini kerana bahawa Qur’an yang berupa sumber kebenaran-kebenaran itu menjkadi perhiasan yang tidak bererti apa-apa,  lalu dengan itu ia menghinanya sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari segi ertinya. Maka Raja itu memukulnya di atas kepalanya dengan kitabnya itu dan menghalaumnya dari penghadapannya.

 

Kemudian ia melihat kepada kitab gubahan ulama yang cintakan kebenaran itu, dan dilihatnya ia kitab yang terlalu amat baik dan indah, tafsir yang terlalu berguna, gubahan yang penuh dengan bimbangan. ”Terima kasih! Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada engkau” katanya. Demikianlah hikmat kebijaksanaan ialah perkara ini dan mereka memanggil orang-orang yang memilikinya  dipanggil orang alim dan orang bijaksana. Adapun yang seorang lagi itu ia adalah seorang tukang yang mahir yang berlebihan dan terkeluar dari medan tugasnya. Maka  sebagai hadiah kepada ulama itu dan gubahannya Raja memerintah supaya bagi setiap huruf yang ditulis diberikan kepadanya sepuluh keping emas sebagai bakasan kepada perbendahraan [hikmah] yang tidak terkira itu.

 

Maka  dengan ini kalau kamu memahami perbandingan itu, perhatikanlah hakikatnya dan lihatlah perkara berikut:

 

Qur’an yang dihiaskan itu ialah  alam semesta yang dihiaskan dengan penuh keindahan seni inilah.Dan Raja itu ialah Tuhan Sediakala Yang Maha Bijaksana.Adapun  dua orang itu ikalah-seorangnya orang Eropah yang mewakili falsafah dan ahli-ahli  falsafahnya, ,manakala yang seorang lagi itu ialah  Qur’an dan para penuntutnya. Ya, memang al-Qur’an adalah penuh hiokmat kebijaksanaan, ia penghurai yang paling tinggi , penterjemah yang paling fasih sekali bagi Qur’an Yang Hebat Perkasa Alam Semesta ini. Ya, ia Neraca pembeza yang memberi pengajaran kepada manusia  dan jin tentang tanda-tanda alam makhluk yang dijadikan, yang ditulis dengan Kalam Kekuasaan [Tuhan] di atas halaman-halaman alam semesta dan pada helai-helain daun perjalanan masa .Dan ia memandang kepada wujud, tiap-tiap satu daripadanya berupa huruf yang ada makna,  sebagai mengandungi makna yang lain pula, yakni, ia melihat kepadanya kerana Tuhan Yang menciptanya. Ia berkata :”Alangkah cantik dan indahnya mereka ini dicipta! Bagaimana dengan terasngat halus indah [dan jelasnya] mereka menunjukkan kepada Keindahan [Mutlak] Tuhan Penciptanya!”  Dan melalui yang demikian ini ia menunjukkan keindahan yang sebnenar alam semesta ini [bukan hanya sekadar  keindahan luaran yang bersifat kuantiti semata-uem]. Tetapi falsafah yang mereka sebut sebagai falsafah tabie [’naturan philosophy’]  atau sains itu tenggelam dalam perhiasan-perhiasan huruf-huruf sekelian makhluk,  dan hubungan-hubungan mereka, dan menjadi pening tercengang ; ia menjadikan  terkeliru  jalan  kepada hakikat yang sebenarnya.Manakala huruf-huruf  kitab yang hebat perkasa [alam]ini  sepatutnya dilihat sebagai mempunyai makna yang lain lagi, yakni, sebab Tuhan penciptanya, mereka itu tidak ada perkara ini [walhal ini perkara yang paloing asasi sekali-uem]; mereka hanya melihat kepada makhluk-makhluk sebagai bermakna diri-diri mereka sendiri itu. Yakni , mereka melihat kepada sekelian makhluk kerana makhluk sebagai makhluk,  dan mengadakan perbincangan dengan jalan itu [tanpa mengaitkannya dengan Tuhan Maha penciptanya-uem]. Mereka bukannya berkata :”Alangkah cantiknya mereka itu semua diciptakan [oleh Penciptanya]!” tetapi berkata ”Alangkah cantiknya mereka itu!” dengan itu mereka menjadikannya hodoh sekali  [dan hodohnya itu kelihatan sebagai akibatnya sekarang  dengan kebencanaan atas alam dan manusia serta alam tebie-uem]. Dengan jalan ini mereka mencela alam semesta ini,   lalu alam ini membuat aduan tentang [perangai jahat ] mereka itu. Sesungguhnya falsafah tanpa agama adalah kepandaian berbahas penuh perhiasan tanpa makna yang terpisah daripada hakikat yang sebenar dan satu perbuatan mencaci nista  alam semesta ini.

 

DASAR YANG KEDUA

 

Satu perbandingan antara latihan akhlak dari kebijaksanaan hikmat Qur’an berikan kepada hidup peribadi manusia dan apa yang diajarkan oleh falsafah dan sains:

 

 

 

Penujntut Falsafah Tanpa Bimbingan Agama Yang Benar

 

Murid falsafah yang ikhlas ialah seorang fir’aun [kecil] , tetapi ia adalah fir’aun yang hina yang menyembah benda-benda yang hina sekali kerana faedah daripadanya; ia mengenali tiap-tiap benda yang ia boleh mendapat keuntungan daripadanya sebagai ’Tuhan’ kepadanya. Dan penuntut yang tidak beragama itu degil  lagi keras kepala , tetapi ia dalam celaka bersekali dengan sifat degilnya itu dan ia menerima kehinaan yang tidak habis-habis, demi untuk mendapat satu keseronokan. Dan ia keji bersekali dengan sifat degil keras kepalanya itu lagi menunjukkan hinanya itu dengan mencium kaki orang-orang perseorangan seperti Syaitan demi untuk sesuatu faedah yang hina. Dan penuntut yang tiada beragama itu angkuh dan menindas orang, dan oleh kerana ia tidak ada lunas untuk menyokongnya  dalam kalbunya sendiri, ia sehabis-habis tidak terdaya lemah menjadi orang penindas yang sentiasa bercakap dengan angkuh sombongnya. Dan ia penuntuy yang mementingkan diri , sentiasa mencari faedah untuk diri [secara sempit], yang tujuan dan matlamat usahanya ialah demi untuk memuaskan keinginan syahwat kehewanannya ;  ia mementingkan keangkuhan diri,  sangat pandai licik dalam usahanya, yang mencari kepentingan  dirinya dengan kepentingan-kepentingan kebangsaan tertentu [yakni kepentingan kebangsaan jenis yang negatif bukan yang positif; yang positif dipuji dan mulia-uem].

 

 

Penuntut Hikmat Kebijaksanaan Qur’an:

 

Adapun penuntut hikmat kebijaksanaan Qur’an yang ikhlas itu ialah seorang hamba [Tuhan], tetapi ia tidak tunduk menghina diri menyembah walaupun makhluk yang paling agung sekali; ia hamba yang sangat dimuliakan yang tidak mengambil faedah yang kemuncak sekali seperti Syorga sebagai matlamat ibadatnya. Dan penuntutnya itu merendah diri, soleh, dan berlemah lembut, bagaimanapun  dalam perkara-perkara dalam ruang yang terkeluar daripada yang diizinkan Tuhannya,  ia tidak secara sengaja menghinakan diri di hadapan apa-apa pun selain daripada Tuhan Yang Menjadikannya. Dan ia adalah lemah,  dan dalam keperluan,  dan ia mengetahui kelemahannya dan kefakirannya., tetapi ia bersikap memadai kerana harta yang ditaruhkan oleh Tuhannya Yang Maha Pemurah dalam alam akhirat; dan ia kuat kerana ia bergantung kepada kekuasaan Tuhannya yang mempunyai kekuasaan yang tidak terkira.Dan ia bertindak  dan berjuang gigih hanya demi Allah Taala, untuk keredhaanNya dan untuk kebaikan.

 

Demikianlah latihan akhlak  yang diberikan oleh dua perkara itu boleh didapati daripada perbandingan dua orang penuntutnya masing-masing [ penuntut falsafah dan sains tanpa agama, dan penuntut Qur’an yang  penuh hikmat kebijaksanaan-uem].

 

DASAR YANG KETIGA

 

 

Latihan falsafah , sains dan hikmat kebijaksanaan Qur’an yang diberikan kepada hidup kemasyarakatan umat manusia ialah perkara ini:

 

 

Falsafah dan Kebijaksanaannya Berbanding Dengan Hikmat kebijaksanaan Qur’an

 

Falsafah menerima ’tenaga kekuatan’ sebagai noktah sokongan untuknya dalam hidup kemasyarakatan. Ia melihat matlamat-matlamat tujuannya ialah ’faedah-faedah’ .Dasar kehidupannya ialah ia mengiktiraf  adanya ’pertembongan’.Ia  menganggap hubungan antara kelompok-kelompok dalam masyarakat (’communities’)  sebagai ’rasialisme  dan nasionalisme yang negatif’ (’racism and negative nationalism’).Dan hasil-hasilnya  ialah ’memenuhkan hasrat tuntutan nafsu dan keperluan hajat manusia  yang sentiasa bertambah-tambah’. Bagaimanapun tanda tenaga kekuatan ialah pencerobohan (’aggression’) .Tanda bagi faedah –kerana ia tidak cukup untuk setiap hasrat keinginan  nafsu [sebab nafsu rakus]- ialah ’menolak-nolak dan pergelotan’ (’jostling and tussling’).Manakala tanda konflik ialah ’perselisihan’ (’strife’).Dan tanda rasialisme – kerana ia menjadi berkembang biak dengan menelan orang lain (’by devouring others’), ialah ’pencerobohan’. Dengan itu , oleh kerana faktor-faktor ini, ia menafikan kebahagiaan manusia [Ertinya manusia tidak akan mencapai kebahagiaan melalui jalan ini-uem].

 

 

Hikmat Kebijaksanaan Qur’an dan Noktah Dokongannya:

 

Adapun hikmat  kebijaksanaan Qur’an , noktah  dokongannya ialah ’kebenaran’ bukannya tenaga kekuatan.Ia mengambil sifat keutamaan  dan keredhaan Ilahi sebagai matlamatnya  bukannya ’faedah-faedah’ [atau ’keun tungan –keuntungan’ bangsa duniawi yang kelihatan zahir ]. Ia mengambil dasar  ’saling tolong-menolong’ sebagai dasar kehidupan aman damai bukannya dasar ’konflik’ pertembongan.  Dan ia mengambil ikatan-ikatan ’keagamaan, kelas dan negeri’  sebagai ikatan-ikatan yang menghimpunkan kelompok-kelompok dalam masyarakat.Tujuannya ialah untuk membentuk sekatan terhadap hawa nafsu syahwat [dan kebebasan yang tidak terkawal dalam slogan kebebasan manusia-uem] , dan menggalakkan roh kepada perkara-perkara yang tinggi-tinggi dan mulia, memuaskan perasaan jenis yang mulia dan tinggi, serta menggesa manusia berusaha ke arah kesempurnaan diri sebagai manusia mulia,  menjadikannya manusia yang sebenar-benarnya. Dan tanda ’kebenaran’ ialah persetujuan [antara sifat sesuatu dengan yang sebenarnya, bukan yang tidak benar-uem].Tanda sifat keutamaan  (’virtue’) ialah ’persaudaraan’.Tanda saling tolong menolong ialah ’bersegera menolong satu sama lain’.Tanda agama  ialah ’persaudaraan’ dan ’perasaan sayang’ [atau ’perasaan tertarik antara satu dengan lain [untuk berbaik-baik]’].Dan tanda mengawal dan mengikat nafsu serta membebaskan roh dan menggesakannya ke arah kesempurnaan  ialah ’kebahagiaan dalam dunia dan juga alam akhirat’.

 

DASAR KEEMPAT

 

 

Misal Perbandingan Untuk Kalam Tuhan –Qur’an

 

Kalau anda hendak memahami kelebihan Qur’an dan keutamaannya  dalam sekian banyak kitab-kitab samawi dari Tuhan dan kelebihannya mengatasi semua percakapan dan tulisan [sekarang orang sebut ’wacana’, ’narrative’-uem]  maka perhatikanlah baikk-baik  dua cerita perbandingan  yang berikut ini:

 

Pertama: Seorang Raja ada mempunyai dua bentuk percakapan, dua cara  berkata-kata.Satu, bercakap  melalui telefon peribadinya yang khusus dengan tajuk perbincangan yang am  berkenaan sesuatu hal yang kecil , seperti keperluan peribadi yang khusus.Yang satu lagi ialah percakapan di bawah kedudukan pangkat kedaulatan tertinggi yang paling mulia, sebagai raja berdaulat mengatasi yang lain, dan pemerfintahan semesta, ia berbicara kepada duta negara atau pegawai tinggi dengan tujuan untuk menjadikan orang tahu dan menjalankan perintah-perintahnya, ia mengeluarkan kata-kata  [diraja]  melalui sesuatu perisytiharan resmi diraja menunjukkan kehebatannya sebagai raja.

 

Yang kedua:  Seorang lelaki memegang cermin yang ada di tangannya mengadap matahari.Ia menerima cahaya yang mengandungi semua   tujuh warna mengikut keupayaan cermin tersebut. Ia menjadi terhubung dengan matahari itu melalui hubungan demikian dan [seolah-oleh] ia berbicara dengannya, dan kalau ia mengarahkan cermin yang penuh dengan cahaya itu ke arah rumahnya yang gelap atau kebunnya yang ada bumbung penutup bahagian atasnya, ia mendfapat faedah, bukannya dari segi hubungan dengan nilai kedudukan matahari itu sendiri , tetapi mengikut kedudukan keupayaan  cermin itu.Seorang lelaki yang lain  pula membuka jendela yang luas dari rumahnya atau dari bumbung atas kebunnya.Ia membuka n jalan-jalan kepada matahari itu di langit.Ia [seolah-olahnya] berbicara   dengan cahaya yang berterusan ada dari matahari yang sebenar itu dan bercakap-cakap dengannya, dan menyebut syukurnya melalui  lidah persiapan keadaan wujud dirinya.”Wahai anda keindahan bagi alam ini yang menghiaskan bercahaya  mjka bumi ini dengan cahaya engkau dan menkjadikan wajah-wajah kuntum bunga tersenyum! Wahai keindahan langit tinggi, matahari yang indah permai! Engkau mencahayakan rumah saya yang kecil dan kebuh saya dengan cahaya dan kepanasan sebagaimana yang ada pada kamu”.Adapun orang lelaki dengan cermin itu tidak boleh berkata demikian. Bayangan cahaya dan kerja-kerja matahari itu yang berada di bawah sekatan itu adalah terhad; mereka adalah mengikut dengan sekatan itu.Maka, lihatlah kepada Qur’an melalui teropong teleskop  dua kisah perbandingan ini dan perhatikanlah sifatnya yang luar biasa sebagai mukjizat dan memahami keadaannya yang suci itu.

 

Keagungan Dan Kehebatan Qur’an Sebagai Kalam Ilahi

 

Sesungguhnya  al-Qur’an menyatakan [hal ini dalam ayat yang bermaksud] ”Kalaulah semua pokok-pokok di darat adalah  sebagai  pena-pena dan semua lautan menjadi sebagai dakwat , dan kalaulah semua itu menulis kalimah-kalimah Tuhanku Yang Maha berkuasa, ia tidak berupaya menghabiskannya, ” [Surah al-Kahf:       ] Sekarang,  yang menjadikan Qur’an itu sebagai kitab yang terbesar sekali kedudukannya dalam himpunan kalimah-kalimah Tuhan yang tidak terkira itu ialah sebab ini: Qur’an datang daripada Nama Tuhan Yang Terbesar dan Teragung  , dan daripada darjah kedudukan yang terbesar dan teragung sekali dari setiap Nama itu. Dan ia Kalam Tuhan dari segi Ia Sebagai Pentadbir dan Pengasuh Sekelian Alam Semesta seluruhnya.Dan Ia Hukum Tuhan melalui NamaNya sebagai Tuhan Sekelian Makhluk,Dan ia panggilan dari segi Ia Sebagai Pencipta Langit dan Bumi.Dan Ia Percakapan dari segi Rububiyyah Yang MutlakNya.Dan Ia Kalam Yang Kadim Tanpa Permulaan dari segi Kedaulatan Tuhan Yang Bersifat Sarwajagat.Dan Ia kitab catatan kurniaan-kurniaan Tuhan Yang Maha Mengasihani dari segi RahmatNya Yang Meliputi segalanya.Dan ia satu himpunan  percakapan-percakapan pada permulaannya kadang-kadang ada huruf-huruf potong yang berupa isyarat-isyarat   dari segi Kehebatan Ketuhanan Yang Paling Mulia dan Tinggi ,Dan Ia Kitab yang menghamburkan  Hikmat Kebijaksanaan , yang, dengan darjah-darjah ketinggian Nama Teragung dan Termulia itu, memandang dan memerhati alam urusan ’Arasy Yang Meliputi Segala.Dengan demikian , oleh kerana sebab-sebab ini semua  maka gelaran Kalam Ilahi diberikan dengan peghargaan yang sepenuhnya dan selayaknya kepada Qur’an. 

 

Nisbah Kedudukan Kitab-Kitab Lainnya dan Percakapan-Percakapan lainnya

 

Nisbah  hubungan  dengan Kalimah-Kalimah Tuhan yang lain, mereka itu adalah kalam yang telah menjadi nyata melalui sesuatu tumpuan yang tertentu, satu gelaran kecil,  melalui pernampakan tajalli sesuatu Nama yang tertentu; melalui satu Rububiyyah yang khusus, satu kedaulatan tertentu, satu rahmat yang khusus.Darjah kedudukan mereka semua berlainan  dari segi kekhususan dan segi kesarwajagatan.Kebanyakan daripada wahyu-wahyu adalah jenis ini , tetapi darjah kedudukannya berbeza besar sekali.Contohnya , yang khususnya sekali dan yang senang sahaja [boleh disebut] ialah ilham kepada para haiwan.Kemudian ada pula ilham kepada orang-orang kebanyakan.Kemudian ada pula ilham para malaikat yang kebanyakan umum itu.Kemudian ilham kepada para aulia. Kemudian ilham kepada para malaikat yang lebih tinggi lagi darjah kedudukannya.Dengan itu maka oleh kerana sebab ini seseorang wali yang menujukan doa permohonannya  secara terus tanpa telefon  kalbu berkata :”Kalbuku memnberitahu kepadaku berita khabar  Tuhanku” ;ia  tidak berkata : ”Ia Arasy Tuhan Yang Mentadbir Sekeliam alam”. Kerana ia boleh menzahirkan seruan  kalimah setakat kadar kemampuannya dan setakat kadar mana dari hampir tujuh puluh ribu  tabir hijab yang telah disingkapkan. Demikianlah, bagaimana, lebih tinggi dan lebih mulia dan agung lagi hukum keputusan raja yang dibentuk dari segi  kedaulatannya yang tertinggi sekali berbanding dengan percakapan orang biasa yang kebanyakan,  dan  bagaimana lebih  besar dan  gemilang lagi pancaran matahari di langit  yaang boleh dimenafaat daripadanya berbanding pula dengan pernampakan jelmaan bayangan  pancaran cahayanya dalam cermin , dan bagaimana lebih besar pula lagi kedudukan martabatnya ,  berbanding dengan darjah kedudukan Quran  Yang Maha Teguh lagi Agung itu, yang mengatasi semua percakapan dan semua kitab seluruhnya.

 

Selepas daripada Qur’an , pada martabat kedudukan yang kedua , ialah Kitab-Kitab Suci dan Kitab-Kitab Samawi yang diturunkan yang ada kelebihan dan ketinggian mengikut darjah kedudukannya masing-masing. Semuanya ada mempunyai  saham daripada rahasia kelebihan dan ketinggian itu.Kalaulah semua kata-kata yang cantik dan mulia  semua manusia dan jin yang tidak datang dari Qur’an dihimpunkan semua sekali , kata-kata itu semua tidak  boleh mencapai darjah kesucian seperti darjah kesucian Qur’an dan menirunya. Kalaulah anda mahu memahami sedikit sebanyak bagaimana Qur’an ini datang dari Nama yang Teragung dan taraf kedudukan yang terbesar dari setiap Nama itu, maka perhatikanlah ayat-ayat dalam ayat al-Kursi yang sarwajagat , tinggi dan mulia, dan perhatikan juga  ayat-ayat yang berikut [terjemahannya ialah]:

 

 

Dan denganNya ada anak-anaki kunci Alam Ghaib.2.

 

Wahai Tuhan bagi sekelian Alam.3

 

Ia melitupi tabir malam atas siang hari , tiap-tiap satunya mengikuti yang lain dalam silih berganti; Ia menciptakan matahari, bulan, dan bintang-bintang, [semuanya] tertaaluk di bawah perintahNya.4

 

Wahai bumi, telanlah air engkau! Wahai langit! Tahankanlah hujan engkau! 5.

 

Langit-langit dan bumi dan segala yang ada di dalamnya bertasbih dan memujiNya.6

 

Pernciptaan kamu semuanya dan bangkit semua kamu adalah seperti diri yang satu [sahaja].7

 

 

Sesungguhnya Kami bentangkan Amanah kepada langit dan bumi  serta bukit bukau.8

 

Pada hari bila Kami golongkan  langit-langit semuanya seperti  menggolong kitab [menyempurnakan semuanya].9

 

Kamu tidak memberi penghormatan memuliakan Tuhan secara yang adil sepatutnya : Pada Hari Kiamat semua bumi akan menjadi hanya seperti segenggam bagiNya.10

 

Kalaulah Kami turunkan Qur’an ini ke atas gunung, sesungguhnya kamu akan melihatnya  merendah diri dan pecah berkecai kerana takut kepada Allah.11.

 

Dan pelajarilah surah-surah yang bermula dengan ’Alhamdulillah’ atau ’Tusabbihu’ dan lihatlah pancaran-pancaran cahaya dari rahasia yang hebat dan agung ini. Dan lihatlah kepada pembukaan-pembukaan ’alif.lam.mim’., ’alif.lam.ra’. dan ’ha.mim’. dan  fahamilah pentingnya Qur’an pada Sisi Tuhan.

 

Kalau anda memahami rahasia yang sebegitu bernilai dalam Dasar Yang Keempat ini, kamu akan memahami bahawa wahyu  kebanyakannya datang kepada para nabi melalui  seorang malaikat , dan ilham kebanyakannya tanpa melalui apa-apa.Dan anda memahami juga sebabnya mengapa wali yang terbesar tidak boleh mencapai darjah kedudukan seorang nabi. Dan anda akan memahami pula  ketinggian kedudukan dan kemuliaan Qur’an dan kehebatan kesuciannya serta rahasia kedudukannya sebagai mukjizat dari Tuhan. Demikian pula anda akan memahami rahasia tentang mesti adanya dan berlakunya Mi’raj Nabi Muhammad salla’Llahu ’alaihi wa sallam , yakni, bahawa baginda pergi ke  langit , ke Pokok Sidratul Muntaha (Pokok Bidara Semesta Yang Kesudahan Sekali) , ke [kedudukan ] dua busur panah [atau lebih dekat lagi],  dan menyampaikan  persembahan dan  permohonan doa kepada Tuhan  Yang Maha Hebat dan Agung, Yang lebih hampir kepadanya daripada urat merihnya sendiri, dan  dengan sekelip mata kemudian kembali dari tempat perginya.Sesungguhnya sebagaimana TerbelahNya bulan berupa satu mukjizat bagi kenabiannya , yang dengannya ia menun jukkan kenabian itu kepada jin dan umat manusia, demikian pula, Mi’raj itu berupa mukjizat tentang ibadatnya dan kehambaannya kepada Tuhan,  yang dengannya ia menunjukkan kepada para arwah dan malaikat-malaikat bahawa ia adalah kekasih Tuhan.

 

Wahai Tuhan! Kurnikanlah rahmat dan kesejahteraan  kepada baginda dan keluarganya sebagaimana yang munasabah dengan Rahmat Engkau dan memuliakannya.Amin.     

  

 

   

 

 

    

;           

 

 


[1] http://www.risaleinur.us/read/?art=2866&t=The+Twelfth+Word.Terjemahan adalah dari laman web ini; perbandingan dibuat dengan apa yang ada dalam ‘Words’, jilid 1 hlm.170-179. Isi kandungan keduanya sama dan tidak ada perbezaan yang penting. Kepala-kepala tajuk dalam huruf-huruf tebal diberikan oleh penterjemah ini; kepala-kepala tajuk yang lain ialah yang ada dalam teks asal ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: