Ini puisi mengingati jasa badiuzzaman said nursi di Istanbul awal tahun 2008 ini

 

 

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

 

Mengingati Imam Badiuzzaman Said Nursi

I

Imam, telah tuan kembali ke alam abadi

Tuan tinggalkan payung nan teguh untuk kami

Risalah Nur mendamparkan harapan ghairah kami

Mengembalikan keperkasaan iman dan menyinari umah kami

Memahat  iman menyatu insan

Mukminin berbekal  ilmu teruji dengan iman waja

 

II

 

Tuan menyelamai rahasia kekayaan iman

Mendaki tahap-tahap ketinggian iman dengan penyaksian

Mencapai keberadaan tuan dalam rahmat kemuncak pada Tuhan

Menyelami rahasia-rahasia khazanah ibadat kerohanian

Menuai kekayaan tanpa kira dalam penyembahan

Menghapus  gelap kepalsuan  lamunan pemikiran kebendaan

 

III

 

Tuan mencerahkan pengenalan Tuhan pada Tauhid penuh kemurniaan

Menegakkan kedaulatan semesta Muhammad dalam kenabian

Mengabsahkan keagungan  Adamiah diri insan

Membuktikan khazanah kekayaan tak terkira potensinya

Menyirami harapan tak tepermenai dalam hidup keabadian

Menyerlahkan makna hakiki alam dalam kefanaan

 

IV

 

Imam! Tuan menghuraikan hakikat imaniah

Mengajarkan keabsahan ukhuwah dan hal insaniah

Tuan mengajarkan erti keamanan dalam juang kegigihan

Tuan penyuluh jalan sebenarnya menuju keamanan

Tuan melaksanakan keharmonian sains dengan keimanan

Menyembuhkan kejahilan rohaniah dan kebaculan intelektuil insan

 

-Muhammad Uthman El-Muhammady

Lebai Kembara Dunia Melayu dalam Simposium Antarabangsa Said Nursi di Istanbul, Turki

Pada 24 Mei 2008

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: