Menyiapsediakan para da’i dari segi kerohanian dan ilmiah bagi mendepani cabaran baru

بسم الله الحمن الرحيم
نحمده ونصلى على رسوله الكريم

PERSIAPAN ILMIAH DAN ROHANIAH PIMPINAN GERAKAN ISLAM MEN GHADAPI CABARAN SEMASA

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

 Persiapan ilmiah merujuk kepada persiapan pimpinan gerakan Islam dengan pengetahuan tentang ajaran Islam arusperdana umat, nberdasarkan Qur’an, Sunnah, ijma’ dan kias mereka yang muktabar, dan juga pengetahuan tentang ilmu-ilmu semasa dengan elemen-elemen membentuk suasana pemikiran dan tamadun masakini. Dengan itu pihak pimpinan boleh mendepani cabaran semasa-dengan izin Ilahi- dengan berkesan.
 Persiapan rohanoiah merujuk kepada persiapan menjayakan hidup rohaniah, hidup pembersihan jiwa dan rohani supaya tercapai sebaik mungkin ’tazkiyah al-nafs’ yang sewajarnya, sesuai dengen tuntutan Islam dan juga sesuai dengan keperluan kekuatan rohaniah yang dituntut oleh cabaran semasa. Ini berkait dengan matlamat peradaban Islam yang terkandung dalam dopa nabi Ibrahim as yang bermaksud ’Wahai Tuhan, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul yang membaca kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada merekla al-Kitab dan Hi8kmah Kebijaksanaan serta membersihkan/menyucikan mereka; Engkau Tuhan Yang Maha Tinggi dalam kekusaan lagi Maha Bijaksana’ (al-Baqarah: 129)
 Kita boleh bermula dengan mengingatkan hakikat: bahawa Islam agama dakwah sebagaimana yang jelas daripada ayat bermaksud :”Serulah [manusia] kepada jalan [kebenaran agama] Tuhan kamu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahaslah mereka dengan jalan yang sebaik-baiknya. (Surah an-Nahl ayat 125 ).
 Juga jelas daripada ayat yang bermaksud :”hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan yang meneru kepada kebaikan (al-khair) dan menyuruh kepada perkara yang makruf dan mencegah perkara yang munkar…” (Surah Ali ‘Imran .104)
 Juga ia sifat umat ini sendirinya sebagaimana yang jelas daripada ayat yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang sebaik-baiknya yang dilahirkan untuk [faedah] umat manusia , kamu menyuruh kepada yang makruf dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah …” (Surah Ali ‘Imran. 110)
 Ia jelas daripada sirah nabi s.a.w bagaimana baginda menjalankan dakwah dalam hidupnya dan kita disuruh mengikut contoh baginda s.a .w.

.

 Apa lagi ini jelas pula dalam suruhan baginda sendiri berkenaan dengan kewajipan yang disebut oleh baginda s.a.w. dalam hadith sahih yang bermaksud :”Sesiapa melihat perkara munkar maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya [kalau ia ada kuasa], kalau tidak dengan lidahnya [melalui suruhan dengan percakapan], kalau tidak dengan hatinya, itu adalah selemah-lemah iman…
 Sejarah menunjukkan umat Islam melaksanakan dakwah sampai Islam berkembang ke Dunia Melayu; kalau tidak kerana dakwah ia tidak akan ada di Dunia Melayu ini.
 Perlu dibentuk peribadi yang boleh menjayakan da’wah dengan menggunakan kaedah ‘bil-hikmah’, ‘al-mau’izah hasanah’ dan ‘mujadalah billati hiya ahsan’ sebagaimana yang ada dalam Surah Lebah dalam al-Qur’an.

Gambaran peribadi unggul dari segi rohaniah dan akhlaknya boleh disebut seperti berikut:

Dalam Qur’an dalam Surah al-Mu’minun (ayat 1-11) mereka digambarkan seperti berikut:

[1]Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya;

[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela;

[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

[10]Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;

[11]Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Selain itu dalam Surah al-Anfal (ayat 2-4) dinyatakan sifat-sifat mereka sebagai:

[2] Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
[3] Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
[4] Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

Dalam Surah al-Furqan,(ayat 63-76) mereka yang unggul disebut sebagai ‘Ibad al-Rahman.Sifat-sifat mereka adalah seperti berikut:

[63] Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
[64] Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
[65] Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.
[66] Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;
[67] Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

[68] Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
[69] Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan;
[70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[71] Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
[72] Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
[73] Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
[74] Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
75] Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
[76] Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

Dalam Surah at-Taubah orang-orang berperibadi unggul itu digambarkan sebagai:

[112] (Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Antaranya lagi sifat-sifat mereka dalam Qur’an (dalam Surah Bani Isra’il) digambarkan seperti berikut:

22] Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.
[23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[24] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
[25] Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
[26] Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
[27] Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
[28] Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.

[29] Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
[30] Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.
[31] Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
[32] Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
32] Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
[33] Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).
[34] Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
[35] Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
[36] Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
[37] Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
[38] Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
[39] Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahanam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).

[40] (Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Dia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.
[41] Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar

Sudah tentu sangat banyak lagi sifat-sifat mereka yang beriman dan unggul itu terdapat dalam Sunnah nabi s.a.w.Setakat ini memadailah untuk kita melihat gambarannya berkernaan dengan keimanan, perlaksanaan tugas kerohanian, akhlak dan pergaulan manusia-manusia unggul itu.

Membentuk peribadi pimpina n gerakan Islam:

Dari segi perkembangan dakwah pula, pembentukan peribadi da’i boleh dilihat dari aspek-aspek seperti berikut:

 Dari segi persiapan ilmu: pengetahuan berkenaan dengan Qur’an dan Sunnah dengan cara yang memadai

 Pengetahuan berkenaan dengan akidah Ahlis-sunnah wal-Jamaah dan dasar-dasarnya

 Penyelewengan-penyelewengan dari Ahlis-sunnah wal-Jamaah, sampai ke tahap bid’ah sesat atau tahap kufur na’udhu billahi min dhalik.Karangan Dr ‘Umar Hasyim tentang akidah Ahlissunnah berguna; juga ‘al-‘Aqa’id’ oleh Hassan al-Banna rh. Penulis ini ada menulis secara ringkas dasar-dasar akidah Ahlissunnah ini.Perlu diketahui aliran Imam al-Asy’ari rd atau al-Maturidi dalam rangka akidah ini, dengan implikasi-implikasinya, sampai ke tahap boleh melihatnya sebagai akidah yang mesti dipertahankan berhadapan misalnya dengan pascamodenisme dan sekularisme misalnya.Sekularisme pula perlu dimengerti daripada punca-punca asal, dan memahaminya dengan tepat, jangan sampai kepada menyangka bahawa sekularisme adalah falsafah kenegaraan dalam Negara sendiri sebagaimana yang disangka oleh semkua pihak.Adanya serpihan-serpihan amalan yang bersifat secular bukannya membolehkan seseorang menuduh sesebuah masyarakat itu menjadikan sekularisme sebagai ‘falsafah pegangan kelumpuknya’.Kalau tidak , selain daripada tidak tepatnya dari segim intelektuil, ia membawa kepada padah dan kebencanaan konflik yang tidak habis-habis antara sesama Muslimin.

 Pengetahuan berkenaan dengan fiqh yang memadai serta usul al-fiqh walaupun tidak untuk menjadi spesialis dalam fiqh dan usulnya.

 Selain daripada fiqh biasa untuk menjayakan amalan dan tindakan diri dan ahli masyarakat, diperlukan fiqh keutamaan supaya diketahui cara meletakkan sesuatu pada tempatnya. Misalnya bila bermula dakwah bukan dimulakan dengan haram halal dan detail-detail tentang makan dan berkhitan, tetapi soal keyakinan dalam hidup dan nilai-nilai yang menyelamatkan serta adab-adab dan amalan berhubungan dengan Tuhan dan hidup harian. Demikian seterusnya.

Akhlak dan kerohanian:

 Pengetahuan berekenaan akhlak dan kerohanian setakat yang memadai, mengikut kadar keperluannya; semakin matang semakin membantu dalam menjayakan da’wah selain daripada untuk keperluan diri sendiri.Kitab ‘al-Mustakhlas’ karangan Sa’id Hawwa berdasarkan ‘Ihya’ Imam al-Ghazali rd dan ‘Bimbingan Mukmin’ oleh al-Qasimi juga berdasarkan kepada ‘Ihya’ oleh Imam al-Ghazali.

 Sembahyang berjemaah dan membaca Qur’an; yang mengetahui tafsir-tafsir berbahasa Arab boleh memnbacanya dalam bahasa Arab, seperti ‘tafsir al-Munir’ oleh al-Zuhaili, atau ‘Safwat al-Tafasir’ oleh al-Sabuni dan yang sepertinya; atau ‘Tafsir ar-Rahman’ yang ringkas, atau ‘tafsir Nur al-Ihsan’ (Jawi) oleh Ust Haji Said Kedah; ‘Tafsir al-Azhar’, atau ‘tafsir Abdullah Yusuf Ali dalam bahasa Inggeris, atau terjemahan Melayunya (dengan anotasinya sekali), oleh penulis ini, terbitan DBP dalam lima jilid .Terjemahan Abdullah Yusuf Ali kuat dalam penafsiran yang memberi penekanan kepada aspek kerohanian.

 Mengamalkan wirid-wirid seperti yang diajarkan sebelah sini dalam ‘al-Aurad al-Qashshasiyyah’ (terbitan majlis Ugama islam negeri Sembilan), atau ‘al-Ma’thurat’ atau lain-lain wirid, termasuk ‘Hizib al-Nawawi’ dan yang sepertinya, serta doa-doa yang sesuai dengan keadaan-keadaannya seperti yang ada misalnya dalam ‘al-Adhkar al-Nawiyyah’ dan yang sepertinya

 Melakukan sembahyang malam seperti tahajjud, witir dan sembahyang hajat bila ada keperluan-keperluan

Sirah dan sejarah Islam

 Pengetahuan berkenaan dengan sirah supaya diketahui dan dimemengerti perjalanan hidup nabi s.a.w. berdasarkan kepada sirah; contoh ‘Fiqh al-Sirah’ oleh Dr Ramadan al-Buti.Boleh digunakan mana-mana buku sejarah yang terkenal.

Fiqhud-Da’wah:

 Pengetahuan berkenaan dengan dakwah berdasarkan kepada teks-teks oleh pak Natsir dengan ‘Fiqhud-Dakwah’nya, dan Dr ‘Abd al-Karim Zaidan dengan ‘Fiqh al-Da’wahnya dan lain-lainnya.
Bahasa:
 Sudah tentu diperlukan kemampuan membaca dalam Bahasa Arab untuk memahami teks-teks dan untuk komunikasi dengan mereka yang berbahasa Arab, dan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan mereka yang menggunakan bahasa Inggeris.

Berkomunikasi dengan cara yang baik:

 Kemampuan berkomunikasi yang baik diperlukan, samaada dari segi bahasa dengan penguasaan yang baik dan juga perangai dan gerak-geri yang halus dan beradab, serta penggunaan bahasa sebagai penimbulkan rahmat, bukan pembuka fitnah dan konflik dalam masyarakat atas nama dakwah.Yang asal rahmat, kalau tersilap langkah membawa azab dan laknat serta perpecahan bukan pencerahan dan kasih sayanag serta persaudaraan.Misalnya kelompok yang selalu suka membid’ahkan semua orang melainkan kelumpuknya sahaja.

Kemahiran berhujah:

 Kemahiran berhujah dengan hujah yang betul dan berkesan dengan bahasa yang baik dan menarik.Ini memerlukan latihan-latihan.Termasuk juga ke dalamnya latihan-latihan dalam berdakwah dan memberi penerangan.

Kemahiran membaca dan menggunakan internet:

 Diperlukan kemahiran membaca bahan-bahan yang diperlukan dan kemahiran membuat rujukan dengan cepat dan tepat, termasuk kemampuan menggunakan internet, apa lagi akses yang ‘broadband’nya.

 Termasuk pengetahuan tentang laman-laman web yang boleh dipertanggungjawabkan tentang akidah, fiqh, akhlak, kerohanian, tafsir, hadith dan seterusnya.

 Ringkasnya pembentukan peribadi sebagai da’I perlu dijayakan dengan melihat aspek pengetahuannya, keyakinannya, amalan kerohaniannya, akhlaknya, kemampuan komunikasinya, adab-adabnya dengan Tuhan dan makhlukNya, kemampuan mengetahui budaya sekelilingnya.

Adab-adab dalam amar ma’ruf dan nahi munkar:

 Secara amnya menggunakan cara hikmah, atau pengajaran yang baik, atau berjidal dengan cara yang baik.

 Hikmah dalam erti kata-kata yang membawa kepada pegangan, amalan, sikap yang benar yang ada dalam Qur’an atau sunnah, atau kata-kata hukama atau ahli kerohanian yang matang; atau kebenaran dari mana-mana punca yang membawa kepada kebenaran atau kebaikan.Hikmah adalah barang hilang orang beriman, di mana ia menemuinya ia berhak baginya.

 Kalau tidak berkesan atau tidak sesuai bil-hikmah, maka diamalkan nasihat yang bnaik dalam erti pengajaran dengan bahas lemah lembut, cara yang menarik, memberi kegemaran supaya dilakukan kebaikan dan menggerunkannya daripada melakukan kejahatan, dan memberansangkan orang yang berkenaan kepada kebaikan dan keunggulan, termasukl dengan menggunakan cerita-cerita, contoh-contoh dan bahasa yang senang difahami olehnya.

 Kalau itu tidak sesuai, orangnya degil, maka digunakan kaedah berbahas dengan apa yang sebaiknya: dengan bahasa yang lemah lembut, fasih dan menarik, membawa hujah-hujah yang tepat dan berkesan, dengan bahasa dan gaya gerak badan yang menimbulkan keyakinan kepada orang yang dihadapi yang memnyebabkan orang itu berfikir bahawa orang ini bukan hendak mendiamkan orang atau hendak menang dalam berbahas tetapi hendak mengajak kepada kebenaran; demikian seterusnya.Dan hendaklah dengan mengamalkan sifat sabar yang amat banyak dan jangan mudah marah dan membentak.Ini sewajarnya disertakan dengan doa sebagaimana Nabi Musa a.s.s bila hendak menghadapi Firuan yang degil ia berdoa kepada Tuhan bersama-sama dengan Nabi harun a.s.s. (Diperentahkan kepadanya (ertinya) :Berkatalah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut moga-moga ia mendapat pengajaran dan takut kepada Tuhan)

Antara adab-adab itu ialah sebagaimana yang diajarkan oleh Imam al-Ghazali rd dalam ‘Kitab Ihya’nya:

 (1)Orang yang hendak melarang perbuatan dosa itu mesti ada syarat-syaratnya; ia mestilah bijaksana dan ada mempunyai kemampuan untuk melakukan yang demikian; orang tidak siuman, yang tidak ada iman, tanpa syarat yang dikehendaki tidak sesuai untuk melakukan larangan daripada orang melakukan kejahatan.(a)Maka hendaklah orang itu dewasa dan bijaksana; (b) orang beriman (c)mempunyai sifat adalah (bukan fasik)..Tuhan berfirman (ertinya):”Adakah kamu menyuruh orang lain berbuat baik dan kamu melupai diri kamu sendiri?” Tuhan berfirman (ertinya) “Alangkah bencinya Tuhan bila kamu menyatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak melakukannya.”

 Dalam hubungan dengan menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, Imam al-Ghazali rd menyatakan bahawa ada lima tahap dalam amalan yang demikian.Ia adalah: (1) mula-mulanya memberi nasihat yang baik (2) memberi pengajaran dengan kata-kata yang manis dan lembut serta m,enarik; (3) kalau tidak memadai, mengeluarkan kata-kata yang keras dan tindakan kasar (bila diperlukan); (4) menggunakan kekerasan (bagi pihak yang berkenaan terutama penguatkuasa-uem), (5) menyerang, memukul .Kecuali dalam tahap kelima seseorang tidak dikehendaki mendapat kebenaran daripada pihak Sultan.

 Dalam hubungan dengan dosa-dosa , Imam Ghazali menjelaskan ia ada tiga kategori. Pertamanya dosa besar yang dinayatakan oleh Qur’an dengan menyebut hukuman-hukumannya seperti mencuri dan berzina, maka mencegahnya adalah wajib.Kedua: dosa-dosa yang dilakukan terus menerus seperti meminum arak, memakai sutera (untuk lelaki), dan menggunakan bekas-bekas untuk makan minujm terdiri daripada emas dan perak.Ini melarangnya adalah wajib.Ketiga, dosa-dosa yang mungkin dilakukan pada masa mendatang.

 Beliau mengajarkan ada empat syarat bagi mengelakkan kederhakaan-kederhakaan ini. Pertamanya ia mesti bersifat kejahatan dalam pandangan Syariat dan ia haram hukumnya; keduanya ia hendaklah dicegah waktu berlakunya; kalau sudah selesai minum arak , maka yang sesuai untuknya ialah menasihatinya .Syarat ketiganya ialah ia mesti diketahui oleh orang yang mencegahnya sebagai perkara dosa tanpa memerlukan usul pereksa lagi.

 Kalau seseorang melakukan kemaksiatan selepas ia menutup pintu rumahnya , maka menyiasat tentangnya tidak diharuskan; suatu masa Saidina ‘Umar rd masuk ke dalam sebuah rumah secara senyap-senyap, dan bertemu dengan orang melakukan penderhakaan kepada Tuhan. Bila ditanya orang yang berkenaan itu berkata: Kalau saya melakukan dosa, itu satu dosa.Tetapi tuan telah melakukan tiga dosa.Bila ditanya tentang itu jawabnya: Tuhan berfirman (maksudnya): Jangan menyiasat mencari rahasia-rahasia antara satu sama lain, tetapi tuanhamba telah melakukannya; jangan masuk ke dalam rumah melalui belakangnya, tuanhamba melakukannya dengan memasukinya dengan menaiki dindingnya.Tuhan berfirman (maksudnya): Jangan memasuki rumah melainkan dengan izin pemiliknya, walhal tuanhamba tidak meminta izin dan tanpa memberi salam kepada mereka di dalamnya.Selepas memberi syarat supaya bertaubat Saidina ‘Umar rd melepaskan orang itu.Syarat keempatnya ialah kejahatan itu hendaklah diketgahui ia adalah kejahatan tanpa memerlukan kepada penyiasatan lagi.Kalau tidak tidak boleh mencegah yang demikian itu.Ini berkaitan dengan perbezaan-perbezaan pendapat dalam mazhab. Mungkin dalam satu mazhab sesuatu itu kejahatan, tetapi dalam mazhab lain ia tidak demikian.Ini mesti diberikan perhatian.

 Caranya orang perlu dihalang daripada melakukan dosa. Dosa yang hendak dihalang itu mestilah perkara yang patut dihalang pada sisi Syariat.Kalau seseorang dilihat sedang meminum arak, maka ia perlu disekat daripada melakukannya, dan ini wajib.Kalau seseorang dilihat sedang merosakkan tanam-tanaman orang lain maka ia mesti dihalang daripada melakukan demikian, kerana dua sebab: pertama untuk menunaikan tugas kepada Tuhan, keduanya tugas dalam hubungan dengan orang yang sedang dianiaya.

Mencegah berlakunya dosa

 Dalam hubungan dengan mencega berlakunya kedosaan ada beberapa tahap padanya.Pertama: mesti diketahui keadaan orang yang berdosa itu; kedua memberitahu kepadanya bahaya dosa itu kepadanya; ketiga menghalangnya daripada melakukan perbuatan dosa itu; tahap keempat memberi nasihat kepadanya serta pengajaran kepadanya; kelima menggunakan bahasa keras memarahinya; keenam menggunakan kuasa (kalau ada kuasa), ketujuh mengancam hendak memukulmnya , kelapan memang memukulnya, kesembilan menggunakan senjata terhadapnya kesepuluh menggunakan askar (dan polis) [ini bagi pihak penguasa-uem].

 Tahap pertama: Mencari-cari rahasia orang berdosa adalah terlarang.Maka dilarang seseorang mencari-cari rahasia tentang apa yang berlaku dalam rumah.Kalau ada orang yang dipercayai memberitahu kepada seseorang ada orang tertentu sedang hendak melakukan perkara dosa, maka bertanggungjawablah orang itu berusaha henfdak mengetahui hal keadaan pendosa itu.Dan ia perlu menyiasat tentangnya.

 Tahap kedua: ia hendaklah memberitahu kepada pendosa itu bahawa ia sedang akan melakukan perbuatan dosa itu.Ramai orang melakukan dosa kerana jahil; kalau mereka diberikan amaran mereka mungkin tidak melakukan dosa itu.Kalaulah misalnya seorang buta huruf melakukan sembahyang tetapi tidak melakukan sujud atau ruku’ dengan betul, astau ia melakukan sembahyang dalam pakaian yang bernajis, kalaulah ia mempunyai pengetahuan ia mungkin tidak melakukan demikian.Maka ia perlu diberitahu.

 Tahap ketiga: memberitahu kepada pendosa melalui khutbah atau ceramah, melalui cara nasihat yang baik, menerangkan kerwajipan bertaqwa kepada Allah. Kalaulah seseorang itu melakukan dosa selepas mengatahui ia dosa, maka ia perlu diberi nasihat dan pengajaran supaya ia bertaqwa dan takut kepada Tuhan.Ia perlu diberitahu tentang hadith-hadith nabi s.a.w. yang menyebut hukuman-hukuman akibat dosa-dosa yang sedemikian; Muslimin adalah seperti diri yang satu, dan sifat-sifat yang membinasakan mesti dihilangkan daripada jiwa manusia. Dan orang yang memberi nasihat itu hendaklah ia memastikan [untuk menjaga adab dengan Tuhan] bahawa ia tidak ada sifat jahat itu pada jiwanya sendiri.

 Tahap keempat ialah menggunakan bahasa kasar memarahinya ; kalaulah menggunakan bahasa lembut memadai maka jangan digunakan bahasa yang kasar dan keras.Ini kata Imam Ghazali rd seperti kata-kata nabi Ibrahim a.s.s ‘Binasalah kamu dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah” dan seperti kata-kata “Wahai orang jahil, Tidakkah anda takut kepada Tuhan wahai pendosa” seperti yang digambarkan oleh nabi s.a.w. “Orang bijaksana itu ialah orang yang merendah dirinya [dengan Tuhan] dan beramal untuk [kebaikan] selepas daripada mati dan orang jahil bodoh itu ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan mengharapkan keampunan Tuhan”.Jangan menggunakan kata-kata kasar melainkan sangat diperlukan.Kalau kesan b aik tidak kelihatan padanya berpalinglah daripadanya dengan menunjukkan rasa marah.

 Tahap kelima mengubah perkara jahat itu dengan tangan, seperti mencurah arak daripada botolnya, membuang pakaian sutera daripada badannya, mengeluarkan orang yang menduduki tanah secara tidak halal.Ini dilakukan selepas kaedah yang tiga sebelumnya tidak berhasil. Pastikan menjaga batasan-batasan yang perlu dijaga, dan jangan melewati batasan.

 Tahap keenam memberi amaran dan ancaman.Kalaulah tahap-tahap sebelumnya gagal, maka kaedah ini perlu digunakan; misalnya anda boleh berkata kepada pemabuk itu: ‘Buangkan arak itu, kalau tidak saya akan bertindak memukul kepala anda dan leher anda dan memalukan anda’.Tahap ketujuh ialah menyerang orang itu dengan menggunakan tangan atau tongkat kalau cara yang terdahulu tidak berkesan. Tahap kelapan berlawan dengan orang itu dengan pengikut-pengikut yang ada senjata [kalau sekarang polis –uem]. Senjata mungkin perlu digunakan untuk mengelak daripada kejahatan kerana mungkin orang yang melakukan kesalahan itu bersedia dengan orang-orangnya untuk berlawan.

 Syarat-syarat untuk menghalang orang melakukan kejahatan. Orang yang hendak menghalang perbuatan yang salah itu hendak mempunyai beberapa syaratnya.(1)Ia mengetahui bahawa perbuatan itu salah; (2) ia bertaqwa dan (3) akhlaknya bagus.

 Tentang pengetahuan hendaklah ia mengetahui tempat, batasan dan perintah [agama] menyekat kejahatan supaya perbuatannya berada dalam aturan-aturan Syara’.Kalau ia tidak mempunyai pengetahuan itu , ia tidak boleh membezakan antara apa yang betul dan apa yang salah.Kemudian sifat bertaqwa perlu ada padanya supaya bila ia bertindak menyekat kejahatan janganlah ia melakukannya untuk kepentingan diri tetapi kerana Allah.Orang yang sedemikian mesti mempunyai sifat-sifat akhlak yang mulia, baik hati, dan rasa kemanusiaan; bila kemarahan timbul, akhlak yang baiklah yang mampu mengawalnya.Sebab itulah nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):”Orang yang tidak sabar dalam menyuruh kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran serta tidak ada pengetahuan tentang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran jangan ia menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”.Dengan itu pengetahuan, kesabaran, sifat mengasihani mesti ada pada orang yang bertugas demikian. (4)Tidak ada rasa tamak haloba kepada harta dunia. Orang yang hendak memberi nasihat kepada manusia ramai dalam dunia jangan ada sifat tamak haloba kepada kemewahan dunia , dan ia hendaklah berperibadi teguh; orang yang banyak bergantung kepada manusia dan lemah pergantungannya kepada Tuhan dan keyakinan kepada akhirat sukar untuk mencegah kemaksiatan; bagaimanapun semua orang mesti berusaha mengikut kemampuannya masing-masing.

 Berhubungan dengan cara dan bahasa yang baik dan tidak garang, boleh diingatkan kisah bagaimana ada orang dating memberi nasihat kepada khalifah al-Ma’mun tetapi ia menggunakan kata-kata kasar kepadanya.Maka Ma’mun berkata kepadanya : ‘Tuan, hendaklah tuan menjaga diri sedikit, kerana ada orang yang lebih baik daripada anda yang dihantar oleh Tuhan kepada orang yang lebih jahat daripada saya, dengan suruhan supaya ia menasihati mereka dengan kata-kata lemah lembut [bukan kasar]. Tuhan berfirman [maksudnya] :”Pergilah [kamu wahai nabi Musa dan Nabi harun][ kepada Firuan] dan katakanlah kepadanya kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan ia mendapat pengajaran dan takut kepada Tuhan”. Dengan itu orang yang nbercakap kasar itu terdiam, dan berubah sikapnya.

 Ada kisah lain dalam hadith bagaimana seorang hamba datang kepada nabi s.a.w. meminta izin kepada baginda hendak melakukan zina.Lalu para sahabatpun heboh dan berteriak.Nabi s.a.w. berkata:Bawa beliau itu kepada saya; bila orang itu duduk hampir dengan baginda, baginda berkata: Adakah anda suka kalau orang berzina dengan emak anda? Katanya: Tidak.Nabi s.a.w. berkata: Dengan itu tidak ada orang suka orang berzina dengan ibunya.Demikianlah kemudiannya baginda bertanya sama ada ia suka orang berzina dengan anak perempuannya, saudara perempuannya, anak saudara perempuannya, emak saudaranya, tiap-tiap kali ia menjawab tidak.Kemudian nabi s.a.w. menyentuh dadanya dengan tangan baginda dan berdoa:” Wahai Tuhan, bersihkanlah hatinya, ampunkanlah dosa-dosanya dan bersihkanlah kemaluannya”.Semenjak masa itu tidak ada lagi perbuatan yang lebih keji kepada orang itu daripada perbuatan zina.

 Dalam kitab ‘Ihya’nya Imam al-Ghazali menyebut beberapa perbuatan yang terlarang, yang kalau kita perhatikan masih ada pada zaman kita ini, walaupun zaman yang membezakan kita dengan beliau sudahpun selama hampir-hampir sembilan ratus tahun.Antaranya beliau menyebutkan : kalau dalam masjid orang tidak menyempurnakan ruku’ dan sujud dalam sembahyang dengan baik [bahkan kalau sekarang sangat ramai orang tidak melakukan sembahyang], membaca Qur’an dengan lagu-lagu yang berlebihan [sekarangpun ini berlaku, dan dilakukan dengan cara-cara melanggar hukum bacaan yang betul], memanjang-manjangkan adhin berlebihan sampai melanggar aturan menyebut secara betul kerana meraikan lagu, imam memakai jubah yang kebanyakan bahannya daripada sutera [sekarang ini tidak ada], banyak memasukkan cerita-cerita berlebihan dalam khutbah KJumu’at, dan berjual beli pada masa sembahyang Jumuat [kalau sekarang ini masih berlaku, dan kalau yang tidak datang sembahyang duduk di rumah ia menonton tv].

 Dalam pasar pula: para penjual berbohong kepada pembeli [sekarang berlaku lagi, dan ada yang berlaku secara canggih dengan iklan-iklan yang menarik tetapi berlebihan dan bohong], menyembunyikan kecacatan-kecacatan barangan [ini berlaku lagi], menambah-nambah atau mengurangkan timbangan atau sukatan [sekarang masih berlaku, dengan itu diperlukan pengawasan daripada kementeriaan bahagian kepenggunaan], menjual barang-barang terlarang daripada emas dan perak [seperti pinggang mangkuk, dan alat-alat lain seperti pena dan sebagainya], pakaian sutera kepada lelaki , demikian seterusnya.[‘Sekarang boleh ditambah CD-CD lucah, filem-filem yang lucah dan yang sepertinya, termasuk majalah-majalah, selain daripada apa yang ada melalui internet yang diakseskan di rumahj-rumah dan juga di pejabat-pejabat].

 Setengah daripada perkara-perkara kederhakaan di tepi-tepi jalan ialah membuat bangunan atau apa-apa yang di tengah-tengah jalan menghalang lalu-lalang, menghalang lalu lalang dengan membina beranda rumah, menambat haiwan peliharaan di tengah jalan lalu menyekat lalu-lalang, menyembelih binatang di tem,pat-tempat lalu-lalang, melempar sampah di tempat-tempat yang bukan untuknya, membiarkan air [kotor] dari bangunan jatuh ke atas jalan atau dengan menyambungkan paip air [yang menyebabkan berlaku yang sedemikian].[Ini banyak masih berlaku sekarang dan Imam Ghazali rd menyebutnya sebagai perkara-perkara yang mesti dilarang. Boleh ditambah bila didapati membahaya: membakar secara terbuka, seperti membakar hutan atau sampah, membakar apa-apa yang mengelujarkan gas beracun, membuang sampah yang memnyebabkan sungai menjadi rosak dan membahyayakan, menorah bukit-bukit yang kemudiannya mendatangkan akibat terinjak kedudukan tanah, atau memnyebabkan ia menurun daripada parasnya yang sebenar, yang mengakibatkan bangunan runtuh atau termasuk ke dalam tanah, demikian seterusnya].

 Yang berlaku dalam majlis-majlis khenduri perkahwinan dan yang seperti itu: adanya kusyen-kusyen daripada sutera, adanya cawan dan bekas-bekas daripada emas, bunyi-bunyian yang terlarang dengan alat-alat yang terlarang [kecuali yang boleh dimaafkan kerana alat-alatnya tidak khusus untuk kemaksiatan dan kata-katanya tidak menjurus kepada kederhakaan dan seterusnya, menyediakan makanan dan minuman yang tidak halal], menyebabkan orang ketawa hilai dengan cerita-cerita palsu yang direka-reka, berbelanja secara berlebihan untuk makanan [dan boleh ditambah untuk perhiasan, yang dilakukan bukan kerana benar-benar keerluan atau keselesaan tetapi untuk menunjuk-nunjuk – ‘conspicuous consumerism]

 Berhubung dengan berbelanja: membuat bangunan yang tidak ada kepentingan dan faedah sebenarnya, hanya untuk bersuka-suka semata-mata atau untuk menunjuk-nunjuk [‘conspicuous consumerism’] dan itu memusnahkan harta benda.Kalau seseorang ada hanya seratus dinar dan itu diperlukan untuk nafkah keluarganya lalu ia menggunakan itu untuk majlis kahwin untuk menjaga namanya, maka itu menyakahgunakan harta, dan wajib orang itu dihalang daripada melakukan yang demikian.[Ini berlaku sekarang].Maka wajib perbuatan membelanjakan harta dalam perkara yang tidak penting itu dihalang.

 Dalam hubungan dengan pembesar-pembesar dan para pemimpin: hanya digunakan dua cara yang mula-mula, bukannya kata-kata kasar atau layanan keras.Mereka mesti dinasehati dengan kata-kata yang lemah lembut dengan penuh kesedaran, pengetahuan dan hikmah supaya mereka menyedari perbuatan-perbuatan mereka yang tersilap itu.Kalau digunakan cara lain termasuk kekasaran terhadap mereka, kata Imam Ghazali, itu tidak halal, kerana menimbulkan fitnah dan huruhara serta menggangu keamanan masyarakat. [Ini bukan ‘double standard’ dan sifat pengecut seperti yang disangka oleh setengah pihak tetapi ini termasuk siasah dalam dakwah].Kata Imam Ghazali rd kalau kita mengambil risiko peribadi dan perseorangan yang kemudian akan menimbulkan kesukaran atas orang lain itu terlarang.

 Perkara-perkara yang perlu dijaga dalam membina peribadi ialah: keimanan dan ketaqwaan yang perlu diawasi dengan membaca Qur’an, Sunnah, melakukan kewajipan-kewajipan seperti sembahyang dan lainnya; mengamalkan wirid lepas sembahyang dan doa-doa yang ma’thur untuk keadaan-keadaan yang berkenaan; mengamalkan sembahyang malam dan sembahyang-sembahyang sunat lain seperti sembahyang duha dan juga melakukan sembahyang hajat bila ada keperluan. Hendaklah beristiqamah dalam melakukan amalan-amalan seperti zikir harian.

 Selain daripada itu hendaklah dibaca riwayat-riwayat hidup mereka yang utama dalam sejarah Islam, selain daripada membaca hal-hal mereka dalam Qur’an dan Sunnnah.Termasuk ke dalam kategori ini ialah memcara kisah-kisan para sahabat seperti misalnya apa yang ada dalam kitab ‘Hayat al-Sahabah’ oleh Maulana Yusuf al-Kandihlawi dan buku-buku yang sedemikian.Elok diingatkan peribadi-peribadi unggul untuk memberi peransang pada diri membina peribadi unggul (“towering personality”) yang dikehendaki itu.
 Membaca buku-buku yang berguna dalam bidang agama, selain daripada bidang profesi diri sendiri.Termasuk ke dalam kategori ini ialah menggunakan internet dan e-mail untuk perkara-perkara dakwah dan pengembangan pengetahuan yang berguna serta peningkiatan kemahiran diri sendiri.

 Kemahiran mengamalkan seni perunbahan diri yang berkesan, terdiri daripada beberapa tahap:

 Memaksa diri melakukan kenbaikan dan menimnggalkan yang sebaliknya

 Memerhati diri dalam tindakan

 Menghisab diri dalam tindakan

 Menghukum diri bila cuai atau tidak sempurna dalam menjalankan tugas, jangan nanti orang lain menghukum kita

 Menambahkan azam dan usaha untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan

 Mencela diri sendiri kerana kurang sempurna dalam menjalankan tugas.(Jangan manjalkan diri dan mengikut keinginan)
 Mengulang pusingan yang berkenaan dari awal sampai akhir

 Menggunakan diari untuk perubahan diri.

Kaedah di atas perlu digunakan dalam hubungan dengan semua usaha memperbaikkan diri dalam semua bidang: mencari pengetahuan, membentyuk sifat-sifat mulia dari segi akhlak, carfa berkerja, cara bergaul, cara beribadat dan cara berfikir dan seterusnya.

Pembentukan peribadi unggul sedemikian pentingnya sehingga terkenal kata-kata dalam bahasa Arab yang bermaksud “Bahasa melalui amal perbuatan lebih fasih daripada bahasa melalui percakapan lidah”.
Wallahu a’lam.

Nota tambahan:

-Siasah dalam beberapa erti pada Imam al-Ghazali dalam ‘Ihya’:

-siasah anbiya’
-siasah para khulafa’ dan sultan , juga umara’
-siasah para ulama’
-siasah para wu’’az (jujru nasihat) [juga para fuqaha’ kata pensyarah Ihya’ ]
Nampaknya siasah para ulama dan wu’’az termasuk ke dalam kategori siasah para pendakwah

-berkenaan dengan tugas-tugas:

-menjaga agama daripada pegangan-pegangan yang salah
-menjayakan aturan-aturan Syara’ supaya terdiri dengan jayanya
-menjayakan hidup rohaninya
-menjayakan hidup moralnya
-membangunkan program peradabannya

-melalui penulisan
-melalui usaha-usaha membina institusi-institusi
-melalui hubungan antarabangsa dan kerja-kerja kebajikan peringkat kebangsaan dan antgarabangsa;
-melalui ceramah-ceramah, nasihat dan doa
-melalui pengembangan kesedaran tentang pemikiran arusperdana Islam dan hakikatnya sebagai akidah, epistemologi dan kerangka peradaban (seminar-aeminar di Bandung, Surubaya, Jakarta, Bukitgtinggi dan Padang serta Putrajaya yang mengemangkan kesedaran ini, yang diterima secara positif oleh golongan cendekiawan dan ulama adalah berita baik, al-hamdulillah).

-berkenaan dengan contoh para pendakwah sebelah sini:

-abad ke 20 : Haji Agoes Salim, Hamka, Mohd Natsir, Syaikh Ahmad al-Fatani, Tok Kenali, Sultan Zain al-Abidin Trengganu, Haji Abdullah Fahim,Tahir Jalaluddin dan lainnya

-sebelumnya Syaikh Daud al-Fatani, Syaikh Zain al-Abidin al-Fatani
Syaikh Arsyad al-Banjari, Syaikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani, Syaikh Yusuf al-Makasari (meninggal di Afrika Selatan)
-pembinaan Muhammadiyyah
-pembinaan Nahdatul Ulama dan lainnya.
-Usaha-usaha dakwah yang berlaku di Malaysia oleh ABIM dan lain-lainnya yang ada kesan-kesan positifnya; mana-mana kelemahan sama ada dari segi amalan atau kefahaman yang tidak bertepatan dengan tuntutan Quran, Sunnah, ijma’ dan kias – sebagaimana yang ada dalam fahaman arusperdana Islam – mereka yang muktabar, kalau ada, perlu ditangani dengan berkesan dan bijaksana.Wallahu a’lam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: